SINOPSIS KAPTEN ZULU AMRI 2.0
“You ni tak boleh jadi normal ke? Semua benda nak diangkut macam guni beras. I manusia. I ada kaki. Boleh jalan sendiri!” - Iris Sakura
“I dah lama tak training. Anggap jelah I tengah angkat dumbbell.” - Kapten Zulu Amri
Dia fikir, bila dah ada anak, Zulu semakin matang. Aih, malangnya tak! Semakin ada anak, semakin merenyam. Penat Iris nak melayan. Semakin lama, semakin manja sehingga Zulu diusik oleh teman-teman.
“Mich you, mich you, mich you,” - Kapten Zulu
“Ish! Serabutlah aku duk mich you, mich you.” - Akif
“Sejak bila ada kucing sesat ni?” - Joe
Semakin gawat bila satu team mula mengusik. Dari kapten no mercy terus jadi kapten oyen. Kehidupan mereka perfect sehinggalah Zulu ambil satu keputusan yang mula menjauhkan mereka.
“Brothers always together.”
Itu yang Zulu ucap namun, dia jualah yang meninggalkan. Tanpa kata, tanpa bicara. Sehingga ada hati yang terluka.
“Cukup-cukuplah dengan perangai tak matang kau tu! Sampai bila kau nak bermusuh dengan aku? Aku keluar team je pun! Bukannya kau berhenti komando!” - Zulu
“Kau ke, atau aku yang tak matang, tuan? Kau pentingkan diri, kapten. Kau tak pernah berbincang dengan sesiapa pun. Kau buat keputusan sendiri.”
“Aku buat keputusan ni demi keluarga aku!”
“Dan aku siapa?!Aku siapa, Zulu? Aku siapa! Bukan keluarga kau ke?
Pertingkahan mula berlaku. Hubungan mereka menjadi retak. Masing masing mula menjauh diri. Masih sayang, namun ego menguasai diri. Ingin bertegur, malangnya kecewa menghalang. Lalu, ego merajai di hati, mengawal emosi.
Namun, kasih sayang tak pernah padam.
Demi Iris dia buka uniform. Dan demi Akif, dia pakai kembali. Dengan satu prinsip, ‘brothers always together.’
“Let’s bring our brother back, Yodha.” - Akif
“You are not allowed to die, Kapten. Back to me. Back to Gun. We will be waiting.”
Arahan itu, Zulu harus patuh! Dia tak boleh mati! Dia tak diizinkan berbuat demikian. Itu syarat yang Iris letak! He need to come back!
SINOPSIS LEFTENAN UMAR AKIF
Kahwin dengan crush?
Jauh sekali dalam fikirannya. Mereka tak sekufu. Berbeza pangkat dan jugak kehidupan. Namun siapa sangka, takdir Allah SWT itu terlalu ajaib.
Tanpa disangka, ayah mentua sendiri yang melamarnya.
“Tujuan saya panggil you harini takde kaitan dengan kerja mahupun tentera. Ini hanyalah permintaan peribadi saya sebagai seorang ayah. You berminat untuk dengar, ataupun saya hentikan dekat sini?” - Mejar Jeneral Hashim
“Stay, tuan.” Leftenan Umar Akif
“Saya nak you kahwin dengan anak saya, Ellia.” - Mejar Jeneral Hashim
Akif tergamam. Arahan ni.. dia tak pernah diajar semasa Latihan komando. Kahwin? Dengan anak Mejar Jeneral Hashim? Dengan puteri ais batu?
Dengan model Victoria Secret tu? Crush semua orang? Termasuk diri sendiri?
Rasa seperti bermimpi. Berat bibir nak bersetuju, lagi berat nak menolak. Seakan rezeki jatuh bergolek, mana mampu dia menolak. Lantas, Akif bersetuju walaupun diberi amaran oleh Kapt Dr Fara Ellia. Bagi dia, rezeki jangan ditolak!
“Saya setuju, tuan. Saya pandai lap stethescope.” - Leftenan Umar Akif
Dan bagi Kapt Dr Ellia, semua ini adalah mengarut! Mana mungkin dia berkahwin dengan Leftenan Akif sedangkan cintanya hanya untuk Kapten Ajmal. Mustahil!
“Saya takkan kahwin dengan lelaki saya tak cinta. Saya impikan perkahwinan yang Bahagia. Saling menyayangi dan mencintai. Bukannya benci membenci. Jadi, tolak lamaran daddy. Kita mudahkan urusan masing-masing.” – Kapt Dr Fara Ellia.
“Itu bukan masalah besar, puan. Saya akan pastikan puan mencintai saya sebelum perkahwinan kita sehingga puan tak sanggup nak berpisah dengan saya.” – Leftenan Umar Akif.
Bermacam cara Akif lakukan supaya Ellia berlembut hati. Lukakan diri sendiri. Minta kawan tumbuk. Sebut apa saja? Semuanya dia buat demi berjumpa dan meraih sekeping hati beku itu.
“Bahu tegak. Mata fokus. Breath in, breath out. Aim betul-betul. Bayangkan target depan mata tu, musuh kita.”
“I tengah bayangkan kepala you dekat depan tu. Biar bersepai otak.”
“Make sure tembak tepat ke jantung saya, puan. So that, I will fall for you. Harder.”
Siapa sangka, Akif yang bermuka dingin tapi bermulut manis itu sebenarnya lelaki sejati? Dalam menafikan, tanpa sedar, hati mula terpaut.
Bila jauh, dia mencari-cari. Bila takde depan mata, dia ternanti-nanti. Mampukah Kapt Dr Fara Ellia menolak kehadiran lelaki itu sedangkan pada hakikat, hatinya dah mula menyimpan perasaan?